.

Friday, 4 July 2014

Bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian.

Assalamualaikum

“berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian,
bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian”

Wah klasik betul, mulakan entry dengan pantun =) Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi akhirnya dapat jugak nak update entry, walaupun tak banyak but okay la kan daripada tak update langsung. Sekarang ni pelajar-pelajar STAM sibuk sangat dengan persediaan nak hadapi ujian lisan hari isnin depan (7/7/2014) dengan kerja khususnya balaghah dengan adab nusus lagi. Allahhu.. Banyak benda sangat yang nak kena settle dalam masa terdekat ni, sakit kepala. Stress pun ada.

Semalam teringat kata-kata pengetua sekolah aku cakap yang 'tahun ni je yang awak akan penat, penat untuk bahagia pada masa hadapan, jadi teruskanlah. Jangan berhenti kat sini je, ke kamu semua nak amik STAM lagi tahun depan, mesti la taknakkan? Wallahuala'alam kan. Jadi buat la betul-betul'? Hah bila dengar yang pengetua cakap nak amik STAM lagi ke tahun depan, ramai pelajar yang lain macam 'eee taknak dah aku amik STAM' , 'oh cukuplah tahun ni aku berpenat lelahnya' , haa macam-macam lagi gaya/luahan yang lainnya.

Tinggal lagi 3 bulan untuk kami nak hadapi exam sebenar. Lepas raya nanti terus exam percubaan STAM. Mak aihhh, memang takdak masa nak raya-raya sakan la tahun ni cik peah hoi. Orang lain sibuk dengan buat kuih raya, berniaga kat bazar, pegi shopping hari-hari tapi kami tak boleh, tapi TAKPE! TAHUN NI JE KAMI BERPENAT LELAH! DIULANGI SEKALI LAGI, CUMA TAHUN NI JE! Lepas tu kami freedom ! Wohoooo ~

Rasanya tu je la kot aku nak membebel pasal stam hihi. Tak banyak pun, sikit je but okay la kan haha =) anyway, jumpa lagi dilain waktu dan masa. Selamat Berpuasa uolss semua! Annyeong ~

Wednesday, 7 May 2014

Assalamualaikum


Annyeonghaseyo! Yeayyy akhirnya bertahun aku menunggu bila la hoii abang abang hensem ni comeback and hari ni saat yang ditunggu tunggu telah pun tiba kerna depa dah pun comeback dengan album terbaru merekaaa wuhuuuu *haruslah excited sikit ekeekeke.



Haa apa lagi?! Harus la beli albumnya tak pun download je terus wkwkwk.

 ATAS - suho, baekhyun, sehun, kai, D.O, chanyeol
                           BAWAH - TAO, kris, luhan, lay, xiumin, chen




EXO M - OVERDOSE :)


                                                  EXO K - OVERDOSE :/

                                                           E.X.O. !

LAYAN =) Anyyeong chinguyaaa !

Monday, 5 May 2014

STAM 10 MUMTAZ inshaAllah !

Assalamualaikum

Hai uolsss, entah kenapalah hari ni aku rasa macam ghajin sikit nak update blog, tulis entry.

Dia mak tiri aku, Alia namanya. Suka amik berat pasal aku macam seorang ibu, marah macam seorang ayah, bergurau macam adik-beradik, dan menyayangi lebih daripada seorang kekasih. Time aku lalai, kau tegur. Time kau leka, aku nasihat. Sayang kauuu :*
Selca mengada abad ini ~ lu apa tau =)

Hari tu pegi balai islam, dekat london opsss tersasul pulak bukan london tapi lundang :) pegi sana sebab ada taklimat stam. Hmm, best la jugak haha.

Masing masing tengah focus apa yang disampaikan didepan padehallll sebaliknya kauu haha.
InshaAllah, ada rezeki 10 MUMTAZ kami dapat.
Wajah wajah kesayangan hamba. InshaAllah kita sahabat dunia akhirat tauu :) p/s : comey ustaz senyum gitu hikhiksss
Hamboiii ustaz... Orang nak amik gambar ustaz ni, pandai pulak ustaz cover main phone yeee
Aku taktau la apa masalah depa ni sampai macam ni sekali mukanya mihihiii ~
Dalam sebuah pertemuan pasti ada perpisahan. Namun, perpisahan yang sangat indah adalah ketika kita bergenggam tangan, dan berjanji, "Kita untuk selamanya kawan, walaupun jarak menjauh, waktu memisahkan kita, namun dirimu akan tetap terkenang dalam sanubariku".

Monday, 28 April 2014

Bersedia Menerima Ujian

Awan putih berlangitkan sebiru warna, menambahkan keindahan alam semulajadi. Kecantikan alam yang tiada taranya menyaksikan pelbagai acara pementasan hidup yang beraneka gaya. Maha suci Allah yang menciptakan manusia yang berpasangan begitu juga makhluk Allah yang lain turut memenuhi pelusuk bumi.
Alhamdulillah, kita masih bernyawa menunaikan segala perintahnya, akur dengan ketentuan illahi walaupun penuh dengan pancaroba. Seringkali hidup dicabar dan diuji namun terus berdiri gagah dengan pertolongan Allah SWT.
Mengharungi hari demi hari membuat kita tidak terlepas dari melakukan dosa. Dosa kecil mahupun besar terpendam dilubuk hati dan adakalanya membentuk pelbagai rasa. Pernahkah kita memohon keampunan dariNya? Saya yakin kita sebagai hamba diberikan naluri untuk mengetahui akan dosa-dosa yang dilakukan walaupun tanpa sedar.
Adakah kita insaf?
Sekiranya keinsafan masih menebal pada diri, sebenarnya kita masih lagi menyirami iman kita dengan baja keampunan dari Allah SWT. Jika tidak, jangan dibiarkan dosa-dosa itu menjadi sebati dan kekal selamanya pada hati nurani kerana dari situlah ‘air muka’ kita akan terbentuk dengan perkara-perkara yang sebenarnya datang dari hati kita sendiri.
Oleh itu, jagalah hati dan kasihanilah kerana dia juga makhluk Allah seperti kita. Tugasnya sangat berat untuk mengawal manusia dari melakukan dosa. Kalau hati kita baik, baiklah kita sebagai khalifah Allah dimuka bumi. Jika tidak, hati kita akan melakukan sesuatu yang tidak mungkin dijangka.
Tahap iman dalam diri.
Disaat dan ketika ini, ada dikalangan kita mengatakan bahawa apabila seseorang itu dipenuhi dengan iman dan taqwa pastinya berpegang teguh dengan agamanya. Mana mungkin manusia yang bersifat baharu ini tidak akan diuji walaupun hidupnya diselubungi dengan kemewahan melimpah ruah.
Ada juga menyatakan yang menutup aurat itu hidupnya akan menjadi kebal dengan nafsu kerana badannya dilitupi dan tidak akan mudah melakukan dosa berbanding mereka yang tidak berhijab atau tidak menutup aurat.
Dari pandangan saya, bukan mudah untuk memelihara iman, kerana iman kita ini ibarat daun-daun yang berguguran, apabila ia dipukul angin ia akan berterbangan mengikut arus angin. Sesungguhnya, iman itu tidak bersifat kekal dan sentiasa berubah-ubah.
Ada suatu masa kita rasakan hidup ini sangat dekat dengan Allah SWT dan adakalanya tidak. Itulah manusia yang Allah ciptakan, hatinya sentiasa bermain-main dengan perasaan. Kadangkala dengan iman kita terasa indah dan lama kelamaan iman itu semakin hilang dan menjadikan kita manusia yang alpa kepada Allah SWT. Ini kerana keteguhan kita terhadap iman masih diawang-awangan dan menganggap tiada kepentingan dalam mengekalkan iman di dalam diri.
Setiap saat diuji.
Tidak akan senang manusia itu kalau hidup tidak pernah diuji. Sekiranya sentiasa aman dan bahagia kemungkinan kitaran kehidupan kita ini akan kehilangan sesuatu yang dikatakan “ujian dan dugaan”.
Ya, saat kita diuji adakah kita sedar akan ujian diberikan? Manusia sentiasa leka dengan kesibukan dunia sehingga lupa kepentingan akhirat yang perlu diutamakan. Apa yang mereka ingat adalah nikmat dunia. Sehingga manusia menjadikan dunia itu sebagai tongkat untuk berdiri sedangkan yang menjadikan mereka berdiri dengan gagah itu adalah dari Allah SWT. Biarlah diri kita diuji, Allah mahu membersihkan kita dari segala kekotoran yang menyelubungi dari segenap sudut pada anggota badan kita iaitu hati.
Serah diri padaNya.
Saat menadah tangan pohonlah keampunan kepada Allah, berdoalah dengan penuh pengharapan agar kita diampunkan dari segala dosa-dosa yang lalu. Biarlah air mata sepi menjadi saksi tanda kita takut kepadaNya. Beristighfarlah, kerana banyak hikmah terkandung disebalik makna-makna yang diucapkan.
Yakin dan percaya dengan kewujudan dosa dan pahala, syurga dan neraka. Jangan lalai mahupun leka kerana kematian sentiasa menghampiri.
Beriman kepada Allah SWT adalah satu landasan yang merupakan penjuru disetiap kehidupan. Walaupun iman tidak boleh diwarisi tapi boleh menjadi benteng dalam menghadapi pelbagai keresahan hidup.
Berdoalah kerana dengan doa, Allah akan mendengar segala keluhan kita kerana tuhan tahu apabila kita melakukan dosa kita akan kembali mengadapNya. Perbaikilah diri dengan kesalahan serta kesilapan yang kita lakukan. Perelokkan nawaitu kita untuk kembali bertaubat dan bersujud padaNya.
Sucikan hati dan rawatlah jiwa dengan ayat-ayat Allah iaitu al-Quran yang merupakan surat cinta yang diutuskan kepada hamba-hambanya.
Cinta Allah akan kekal dihati, kewujudanNya dapat dirasai, hadirNya bagaikan merentap sanubari.
“Ya Allah, aku bersedia menerima segala ujian dan dugaan-MU”.

Fitrah Sebuah Kehidupan

Perpisahan.
Apa yang istimewanya perpisahan ini sampaikan terlalu banyak orang bercakap tentangnya? Di mana lebihnya perpisahan ini sehingga banyak airmata gugur kerananya?
Bukankah pertama kali kita dipertemukan oleh Allah swt, kita telah tahu kita akan berpisah? Bahkan sebelum bertemu lagi kita sudah tahu akan fitrah ini. Tapi mengapa?
Mari semua. Mari bayang wajah-wajah orang-orang yang paling kita sayang dan cinta. Senaikan nama-nama mereka si atas satu kertas, dan simpan dalam dompet supaya senang dibawa kemana-mana. Lihat. Nescaya sampai satu ketika, kertas itu akan dilupakan kewujudannya.
Bila diingati semula nanti, hati mungkin akan terusik dek kenangan. Kenangan tentang airmata yang pernah tumpah, tentang senyum yang pernah terukir, tentang cinta yang pernah ada.
Bila diingat semula nanti, kertas itu sudah menjadi rapuh, kekuningan, hampur koyak, dan hati kita tak akan lagi berfikir tentang isinya. Cuma yang harus kita fikirkan – apa kesannya untuk perjalanan hidup kita? Untuk Dunia dan Akhirat kita? Sedikit sekali. Atau mungkin memang tiada…
Resam air.
Di dunia, air bersifat lembut dan menyenangkan. Bila ia mengena tubuh kita, saat kita bangun dari lena dan bersuci, ternyata ia melegakan. Tubuh jadi segar dan hati jadi bersemangat untuk memulakan hidup yang baru.
Di dunia juga, bila kita diuji dengan kesedihan, kita seperti seorang yang terjaga dari tidur. Tubuh yang tidak bermaya, semangat yang pudar, seakan dikejut oleh luahan airmata. Terasa lega bila dapat melepaskan sesuatu yang terpendam tanpa perlu berkata-kata.
Ada orang mengambil semangat dari airmata. Fitrah.
Tidakkan Rasulullah saw mengalirkan airmata di saat kematian kematian anak, isteri, dan bapa saudara Baginda? Fitrah.
Manusia diciptakan lemah dan pelupa, jadi kita selalu berdosa. Atas dasar ini, para ulama tidak malu untuk hidup dengan airmata. Airmata yang mengalir kena pada tempat, tepat pada ayat, lantas membuatkan mereka kuat.
Kita bukan Nabi untuk jadi manusia sempurna. Kita tidak terpelihara dari dosa. Kita tak kuat untuk mengaku begitu tabah dan ego untuk tidak menangis. Kita hanya pendatang biasa yang singgah sebentar di Dunia. Dalam perjalanan ini, kita mungkin bertem dengan pelbagai ragam. Akan ada rasa sayang di setiap tempat yang kita ukirkan. Pada beberapa benda yang berharga menurut pandangan kita, kita akan tumpahkan cinta padanya.antara benda berharga itu adalah manusia.
Klau dilihat dari sudut dunia, semakin kita beri semakin kita akan kekurangan. Seperti gelas yang diminum airnya, ruang-ruang kosong di dalam gelas itu juga akan kurang. Sebelum kita menumpahkan air mata, fikirkan apa urusan kita – Dunia dan Akhirat.
Adakah di Akhirat, ia akan kekal dengan sifat airnya yang tenang dan memadamkan? Mampukah air mata tadi memadamkan api-api neraka jika ia bukan tumpah untuknya? Air hanya berguna jika disimbah untuk memadamkan api.Bukan di semua tempat air memadam dan menenangkan. Ada ketika, air tidak boleh memadamkan bahkan api semakin lahap dan lahab (menjulang). Orang yang terluka dan cedera juga tak boleh terkena air.
Syariat memahami. Lalu memberi kelonggaran untuk menggunakan debu sebagai ganti. Dari sudut mana debu itu nampak bersih, apatahlagi membersihkan? Jauh lagi menghembuskan ketenangan. Lalu untuk apa?
Hikmah Yang Tersirat.
Sepertimana kita tak tahu hakikat debu itu sehingga boleh menggantikan air, kita juga takkan tahu banyak benda. Kita bahkan tak ada kekuatan untuk memahami keperluan diri. Lalu bila Allah sempurnakan sesuatu untuk kita, tak perlu kita membantah.
Mungkin antara hikmahnya, Allah swt ingin kita jadi seorang hamba yang mengaku hamba. Bila disuruh buat, kita mesti taat! Ketahui, dan percaya bahawa kehidupan ini urusan Allah swt.
Perpisahan ini, walau menyedihkan, walau menumpahkan air mata, sama-sama kita berpesan. Jangan sampai kita jadi seperti si jahil yang cuba mempersoal;
“Untuk apa pertemuan, kalau kita ditakdirkan untuk berpisah”

Sunday, 27 April 2014

NAK TRAVEL =)

Assalamualaikum

Hai geng! Ehem. Dalam kelas dulunya sampai la sekarang selalulah aku duk berangan kononnya bila besar nanti aku nak travel merata dunia. Macam best je melancong macam seronok je travel. Tapi ann ann annn sampai la sekarang ni angan-angan aku tu tak tercapai lagi. Sadiss betul hidup :( Haiiiiilaaa bila la aku boleh pegi travel ni hmm hmm.

Bila tengok orang pegi melancong tu, haduiii jeles tu tak payah nak cakap la kan. Pendam je dalam hati 'kejelesan' tu miahaha. Kalau la ada rezeki pegi travel nanti, tempat pertama yang aku nak pegi tentu la tempat yang semua umat Islam kat dunia ni pegi , MAKKAH . Guys! Doakan aku semoga aku cepat-cepat dapat jejakkan kaki di bumi barakah itu. InshaAllah inshaAllah :)

Lepas tu kan, aku nak pegi tempat dimana suami-suami ku berada iaitu KOREAAA! Ko pehal sha suka syok sendiri? Ehh aku punya suka la eekkekeke. Waaa teringin hoi nak pegi Korea, teringin gila! Sekarang ni ramai gila kot kalau suruh depa senaraikan tempat travel yang diorang nak pegi mesti ada je yang nak pegi Korea. Haaaa kau, apabila gelombang kpop mula menguasai HAHAHAHA.

Ohh abang abang EXO kuuu, korang semua tunggu aku datangggg! Haha (suka syok sendiri) . Lepas tu kan, aku nak pegi India, Indonesia, China, Jepun. Woahhh mesti best kann? Hishhh tak sabarnya! Bila la aku nak besar ni. (Keperluan diri pun ibu abah tanggung lagi ada hati kau nak pegi melancong jauh jauh ye sha, manyak cantik muka kau *very deep)

Taj Mahal which is listed as one of the 7 wonders of the world - India
India mempunyai industri film terbesar dunia. Huruf B dalam Bollywood berasal dari Bombai, nama pendiri Mumbai. Mumbai (Bombay) adalah kota terbesar India dengan penduduk 15 juta.
Namsam merupakan sebuah gunung yang berada di tengah2 kota Seoul.
Ha hamek kau. Sebahagian daripada Seoul. Kalau sesat mampos tak jumpa carik.
Love Padlocks! Biasanya couple datang sini dan isytihar percintaan mereka disini. 
Merupakan syurga fesyen dan kosmetik di korea. Di sini terdapat banyak kedai baju dan kosmetik samada indoor mahupun outdor. Dianggarkan seramai 1500000 orang melalui Myeong-dong setiap hari.


Semoga impian aku nak travel tercapai. Aamiin =)

Friday, 25 April 2014

Program kat sekolah

Assalamualaikum

Semalam kat sekolah aku ada program, memang terbaik programnya. Program qiamulai ^_^ Alhamdulillah kalau program cenggini dibuat berterusan pasti double double double terbaik! Macam-macam aktiviti yang kami buat such as dengar ceramah (yang ni memang wajib ada kuangkuang) , main permainan minda kauuuu. Permainan dia macam hmm ntahh la aku nak terangkan macam mana pun taktau tau tapi yang pastinya permainan dia sangat terbaik uolssss.

Lepas tu annn, dalam pukul 11 lebih gitu, kami tonton banyak video yang ditayangkan antaranya ialah...

                                     Khutbah yang menggoncangkan dunia

Ya Allah, aku taktau nak cakap camne waktu kami semua tengok video ni. Terkedu, sedih, sayu semua ada. Sangat sedih.

Ya Allah, bantulah saudara2 kami yg lemah di Syria..
Ya Allah, bantulah saudara2 mujahidin kami di Syria..
Ya Allah, bantulah mereka dgn bantuan yg berganda2..
Ya Allah, satukanlah kata2 mereka,
tepatkanlah lontaran mereka,
berikanlah ketenangan dlm hati2 mereka..
Ya Allah, Kau jadilah wali dan pembantu mereka..
Ya Allah, sesungguhnya mereka dizalimi maka bantulah mereka,
sesungguhnya mereka itu miskin maka kayakanlah mereka..
Ya Allah, Kau rahmatilah orang2 yg mati di kalangan mereka,
sembuhkanlah luka2 mereka,
dan terimalah orang yg mati syahid di kalangan mereka..
Ya Allah, Kau sokonglah mereka dgn sokongan-Mu,
peliharalah mereka dgn peliharaan-Mu,
wahai Tuhan yg Maha Kuat lagi Maha Perkasa..

Ya Allah, Engkaulah yg menurunkan kitab (al-Quran),
Engkaulah yg menggerakkan awan,
Engkaulah yg cepat mmbuat perhitungan,
Engkaulah yg menghancurkan tentera al-Ahzab (tentera kafir bersekutu dlm perang Khandaq),
maka Kau hancurkanlah orang2 yahudi yg menceroboh
dan orang2 israel zionis yg merogol,
Kau goncangkanlah (hati2) mereka,
dan Kau turunkanlah azab kepada mereka dgn azab yg sangat pedih..
Ya Allah, sesungguhnya mereka itu pendengki
dan membuat kerosakan di muka bumi..
Ya Allah, Kau pecah-belahkanlah kumpulan mereka,
Kau hilangkanlah kesatuan mereka,
dan Kau campakkanlah perasaan gementar/ragu2 di hati mereka..
Ya Allah, Kau jadikanlah kekuatan mereka (umat Islam) sesama mereka teguh..
Wahai Allah yg memberi balasan kepada orang2 yg berdosa/penjenayah,
Kau balaslah perbuatan mereka (orang2 kafir)
dan turunkanlah kekuatan Engkau (melalui bala tentera Engkau) kepada mereka (orang2 kafir)
yg mana kekuatan Kau itu semestinya tidak boleh dilawan oleh orang2 yg berdosa itu..

 
Lepas habis semua kami tonton video, maka bermulalah acara yang paling tidak ditunggu-tunggu oleh pelajar-pelajar HAHAHA sesi muhasabah diri bermula.  Macam-macam ragam aku tengok depa nangis, kesian pulak. Bukan ape dik, acara ni (ehh acara ke? hentam sajalah labu) dibuat untuk kamu semua insaf diri sikit. 

K la, tu saja la kot yang aku nak ceghita. Idea aku makin lama makin menghilang untuk berceghita ngehngeh. Ada masa iolss kembali menulis entry lagi k, ANNYEONGGG