.

Friday, 4 July 2014

Bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian.

Assalamualaikum

“berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian,
bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian”

Wah klasik betul, mulakan entry dengan pantun =) Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi akhirnya dapat jugak nak update entry, walaupun tak banyak but okay la kan daripada tak update langsung. Sekarang ni pelajar-pelajar STAM sibuk sangat dengan persediaan nak hadapi ujian lisan hari isnin depan (7/7/2014) dengan kerja khususnya balaghah dengan adab nusus lagi. Allahhu.. Banyak benda sangat yang nak kena settle dalam masa terdekat ni, sakit kepala. Stress pun ada.

Semalam teringat kata-kata pengetua sekolah aku cakap yang 'tahun ni je yang awak akan penat, penat untuk bahagia pada masa hadapan, jadi teruskanlah. Jangan berhenti kat sini je, ke kamu semua nak amik STAM lagi tahun depan, mesti la taknakkan? Wallahuala'alam kan. Jadi buat la betul-betul'? Hah bila dengar yang pengetua cakap nak amik STAM lagi ke tahun depan, ramai pelajar yang lain macam 'eee taknak dah aku amik STAM' , 'oh cukuplah tahun ni aku berpenat lelahnya' , haa macam-macam lagi gaya/luahan yang lainnya.

Tinggal lagi 3 bulan untuk kami nak hadapi exam sebenar. Lepas raya nanti terus exam percubaan STAM. Mak aihhh, memang takdak masa nak raya-raya sakan la tahun ni cik peah hoi. Orang lain sibuk dengan buat kuih raya, berniaga kat bazar, pegi shopping hari-hari tapi kami tak boleh, tapi TAKPE! TAHUN NI JE KAMI BERPENAT LELAH! DIULANGI SEKALI LAGI, CUMA TAHUN NI JE! Lepas tu kami freedom ! Wohoooo ~

Rasanya tu je la kot aku nak membebel pasal stam hihi. Tak banyak pun, sikit je but okay la kan haha =) anyway, jumpa lagi dilain waktu dan masa. Selamat Berpuasa uolss semua! Annyeong ~

No comments:

Post a Comment