.

Friday, 25 April 2014

Program kat sekolah

Assalamualaikum

Semalam kat sekolah aku ada program, memang terbaik programnya. Program qiamulai ^_^ Alhamdulillah kalau program cenggini dibuat berterusan pasti double double double terbaik! Macam-macam aktiviti yang kami buat such as dengar ceramah (yang ni memang wajib ada kuangkuang) , main permainan minda kauuuu. Permainan dia macam hmm ntahh la aku nak terangkan macam mana pun taktau tau tapi yang pastinya permainan dia sangat terbaik uolssss.

Lepas tu annn, dalam pukul 11 lebih gitu, kami tonton banyak video yang ditayangkan antaranya ialah...

                                     Khutbah yang menggoncangkan dunia

Ya Allah, aku taktau nak cakap camne waktu kami semua tengok video ni. Terkedu, sedih, sayu semua ada. Sangat sedih.

Ya Allah, bantulah saudara2 kami yg lemah di Syria..
Ya Allah, bantulah saudara2 mujahidin kami di Syria..
Ya Allah, bantulah mereka dgn bantuan yg berganda2..
Ya Allah, satukanlah kata2 mereka,
tepatkanlah lontaran mereka,
berikanlah ketenangan dlm hati2 mereka..
Ya Allah, Kau jadilah wali dan pembantu mereka..
Ya Allah, sesungguhnya mereka dizalimi maka bantulah mereka,
sesungguhnya mereka itu miskin maka kayakanlah mereka..
Ya Allah, Kau rahmatilah orang2 yg mati di kalangan mereka,
sembuhkanlah luka2 mereka,
dan terimalah orang yg mati syahid di kalangan mereka..
Ya Allah, Kau sokonglah mereka dgn sokongan-Mu,
peliharalah mereka dgn peliharaan-Mu,
wahai Tuhan yg Maha Kuat lagi Maha Perkasa..

Ya Allah, Engkaulah yg menurunkan kitab (al-Quran),
Engkaulah yg menggerakkan awan,
Engkaulah yg cepat mmbuat perhitungan,
Engkaulah yg menghancurkan tentera al-Ahzab (tentera kafir bersekutu dlm perang Khandaq),
maka Kau hancurkanlah orang2 yahudi yg menceroboh
dan orang2 israel zionis yg merogol,
Kau goncangkanlah (hati2) mereka,
dan Kau turunkanlah azab kepada mereka dgn azab yg sangat pedih..
Ya Allah, sesungguhnya mereka itu pendengki
dan membuat kerosakan di muka bumi..
Ya Allah, Kau pecah-belahkanlah kumpulan mereka,
Kau hilangkanlah kesatuan mereka,
dan Kau campakkanlah perasaan gementar/ragu2 di hati mereka..
Ya Allah, Kau jadikanlah kekuatan mereka (umat Islam) sesama mereka teguh..
Wahai Allah yg memberi balasan kepada orang2 yg berdosa/penjenayah,
Kau balaslah perbuatan mereka (orang2 kafir)
dan turunkanlah kekuatan Engkau (melalui bala tentera Engkau) kepada mereka (orang2 kafir)
yg mana kekuatan Kau itu semestinya tidak boleh dilawan oleh orang2 yg berdosa itu..

 
Lepas habis semua kami tonton video, maka bermulalah acara yang paling tidak ditunggu-tunggu oleh pelajar-pelajar HAHAHA sesi muhasabah diri bermula.  Macam-macam ragam aku tengok depa nangis, kesian pulak. Bukan ape dik, acara ni (ehh acara ke? hentam sajalah labu) dibuat untuk kamu semua insaf diri sikit. 

K la, tu saja la kot yang aku nak ceghita. Idea aku makin lama makin menghilang untuk berceghita ngehngeh. Ada masa iolss kembali menulis entry lagi k, ANNYEONGGG

No comments:

Post a Comment