.

Thursday, 24 October 2013

Aku Terima Nikahnya...

Assalamualaikum

"Aku terima nikahnya Nurulhaini Bt Rasdi dengan mas kahwinnya sebanyak yang tersebut". Sah.. Alhamdulillah dengan dua kali lafaz kak yuyu dan abang hafiz sah menjadi suami isteri.


Ehh aku ada blog ke? Ya Allah.. Terasa lama gila kot tak update entry hihi sibuk kay sibuk *macam takde alasan lain, peduli hape aku* Bukan apa bila time aku duk syok menaip entry, ada keja tu la nak kena sambung, kena buat kerja ni la. Lepas tu bila nak sambung balik, aku pun tak ingat dah ceghita apa yang aku nak taip wakaka penangan makan semut banyak sangat kot (macam takde benda lain nak makan)

Hari tu, Alhamdulillah tanggal 31 bulan 8 lima puluh tujuh ehh silap nyanyi lagu merdeka pulak hihi takdelah sebenarnya hari tu tanggal 12/10/2013 Alhamdulillah kak yuyu sepupu kesayangan kita yang comel cantik pandai lemah-lembut ni dah kawen. Huhu takleh dah kita nak main gurau sama-sama ye kak yuyu ye la sebab kak yuyu dah jadi isteri orang dah pun. Aku bila lagi? Ngehngehngeh gataii hang no shaaa.

Masa hari akad nikah tu, aku taktau la kenapa pulak aku yang rasa macam aku yang nak kawen wakaka berdebar bagai nak rak. Sejuk kaki tangan aku. Ye la, aku kan terpaksa duduk tepi pengantin, alaaa kena jadi macam apa dah tu orang pangiil, haa flower girl. Flower girl la sangat haha. Terpaksa k terpaksa. Diulangi lagi sekali, TERPAKSA. Bukannya sukarela aku pegi menawarkan diri jadi flower girl, tak hingin aku haha jahatnye ngko. Kalau bukan ibu, sedara mara aku yang suruh duduk tepi pengantin, memang tak ahh. Tak akan aku duduk tepi pengantin. Sori ye kak yuyu ^_^ malu itew tau hikhik ye la duduk tepi pengantinkan, orang tu amik gambar orang ni amik gambar. Femes kita kejap tau.

Bila aku pandang kak yuyu, jeng jeng jenggg...


Cool je aku tengok kak yuyu ni. Ehh biar betik? Takde perasaan berdebar ke kak yuyu ni? Aku yang duduk sebelah dia ni berdebar gila tapi kak yuyu boleh buat wak lek wak peace lagi? Pastu bila aku pegang tangan dia Ya Allah.. Sejuk sangatttt! Sangat-sangat! Bila aku tanya berdebar ke tak dia cakap tak pun. Wahh bestnyaaaaa macam tu.

Lepas selesai akad nikah, rombongan pengantin lelaki pun pegi menjamu selera di rumah pengantin pompuan. Acara sarung cincin pun buat kat rumah. Bersanding bergambar semuanya buat kat rumah. Ohh lupa time kak yuyu kawen ni, mak sedara aku tak panggil orang pun, hanya panggil sedara mara je. Alaa buat majlis kawen kecik-kecil je dulu. Save bajet woahaha

                                              Tunggu nak naik atas masjid ^_^

Time ni lepas diorang dah siap buat sembahyang sunat. Baru la bergambar. Nak duduk rapat-rapat pun malu-malu lagi tau hikhik.

Senyum je pengantin baru ni. Happy sangat sampai abang Hafiz pun tutup mata time bergambar haha.

Bercinta selepas nikah ohh sweetttt...



p/s : Hantaran pengantin perempuan RM3000, Alhamdulillah. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Riwayat Abu Daud ) , Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". ( Riwayat Ahmad )

No comments:

Post a Comment